Wednesday, June 3, 2009

10 SUBJEK SPM (???)

Salam buat sahabat.

Saya amat berharap agar dapat kiranya sahabat-sahabat membantu saya memahami apa sebenarnya isu 10 subjek ini. Saya gagal memahami sebab-musabab timbulnya isu ini.

Apakah kesan positif dan negatifnya pengambilan subjek tanpa had seperti sebelum ini?

Apakah pula kesan positifnya jika hanya 10 sahaja dibenarkan?

Secara peribadi... saya masih melihat gaya dan ceritera yang lama... pemimpin masih lagi cuba menjadi 'jaguh' dengan memperkenalkan perkara-perkara baru yang 'remeh' tetapi di'GAH'kan dengan keterlaluan sedangkan banyak perkara sedia ada yang pincang dan penuh kecacatan, misalnya :

1) Kurikulum Bersepadu (KBSR & KBSM) yang nyata sekali tidak bersepadu. Setiap negeri mempunyai buku teks & aktiviti yang berbeza. Bagaimana ini boleh terjadi?

2) Pengkhianatan ke atas Dasar Pendidikan yang memfokuskan pembangunan - JERI : Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Setiap sekolah diukur kecemerlangannya dari aspek akademik. Sekolah itu diisytihar gagal apabila mencatat gred kelulusan peperiksaan yang rendah walaupun menghasilkan pelajar-pelajar yang berhemah, sihat dan ber'jiwa'. Hampir kesemua sekolah mengabaikan matapelajaran wajib dengan mengajar subjek teras demi memastikan 'A' di dalam peperiksaan. (TPM ada menyentuh hal ini... sejauh mana beliau serius mahu menangani isu ini... mungkin beliau KIV dulu sebab isu 10 subjek yang maha penting itu)

3) PPSMI - masih diperam (atau didiamkan?) - lagi pun... sudah resmi rakyat terutamanya orang Melayu... apabila penat bercakap... terus tutup mulut... malas nak layan lagi.

4) Keselamatan - Inilah perkara paling utama yang dikhianati oleh kepimpinan. Kementerian Pelajaran yang merupakan "LUBUK EMAS" telah diselewengkan. Bukan setakat makmal komputer sekolah yang reput sebelum siap.... malahan terlalu banyak sekolah yang dibina gagal memperolehi CF. Malangnya... dengan sentuhan 'tangan-tangan ghaib', sekolah-sekolah ini beroperasi dengan TCF (Temporary CF). Menurut kefahaman saya, CF sementara ini bermakna... ianya akan diberikan sehinggalah sekolah tersebut ROBOH dengan sendirinya. (Setidak-tidaknya Stadium Sultan Mizan roboh ketika tiada orang di situ!!!).

5) Kesihatan - Di zaman teknologi yang serba canggih ini... kita semakin terkebelakang kerana anak-anak kecil terpaksa membawa buku-buku sekolah yang "TERLEBIH BERAT". Pernahkah pihak Kementerian (mana-mana kementerian pun!!) mengkaji dan mengeluarkan garispanduan terhadap perkara ini. Cuba lihat apa kata kerajaan Australia :

http://education.qld.gov.au/health/pdfs/healthsafety/factsheet_hevbags.pdf

Apa pun... ini hanya pandangan peribadi saya (yg juga pandangan peribadi jutaan manusia lainnya... saya percaya). Mungkin ada perkara-perkara positif yang samada saya terlepas pandang atau pun gagal menterjemah dengan baik. Berbalik kepada 10 subjek SPM ini, seorang rakan Cina saya kata : "lepas ni memang majoriti Chinese student la yg masuk paper... what the hell is your leader trying to do? Hey man... we fight for our people... that's normal what!!! But your bosses are fighting against your own people... that I called m***** f*****".

Pandangan dan nasihat para sahabat amat saya hargai.

Monday, May 18, 2009

AHMAD MASLAN & AGENDA PERJUANGAN - oleh Nobisha

Saya berasa terpanggil untuk mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan bahawa 60,000 jentera penerangan parti itu tidak berfungsi. Untuk bersikap adil, saya fikir biarlah saya tidak menjatuhkan hukuman dengan sama ada membenarkan atau menafikan kenyataan itu. Saya tidak berada dalam struktur penerangan parti itu dan tentunya tidak dapat mengesahkannya.

Bagaimana saya ingin melihat isu ini dari segi pemujukan pengundi. Parti-parti politik wujud bagi memujuk mengundi untuk menyokong mereka dalam pilihanraya, sekaligus memberikan mereka kuasa memerintah. Parti politik diwujudkan untuk berpolitik. Tentulah aneh kalau ada orang yang menasihatkan parti politik agar tidak berpolitik.

Dalam peperangan politik, ada dua perkara yang harus dilakukan. Pertama, menonjolkan kebaikan sendiri, dan kedua, mengkritik parti lawan. Kalau begitulah keadaannya, maka tugas Ketua Penerangan mana-mana parti politik ialah melakukan kedua-dua perkara di atas dalam masa serentak. Tugas Ketua Penerangan atau apa-apa jawatan seumpamanya bagi mana-mana parti politik adalah sama.

Baguslah kalau Ahmad Maslan ingin melahirkan 50 orang penceramah setiap negeri. Bagaimanapun beliau harus memahami bahawa persepsi dalam politik dicorakkan melalui media meliputi media penyiaran, media cetak dan media baru. Di sinilah letakkan keperluan kepada melatih tenaga parti untuk melakukan psyops (atau, psywar).

Dalam menggunakan media baru, saya fikir lawan UMNO jauh ke hadapan. Seorang pensyarah media menyebutkan kepada saya bahawa bagi setiap satu blog pro-UMNO, terdapat 15 blog pro-lawan UMNO. UMNO kena mengakui hakikat ini dan parti itu harus bekerja keras untuk "mengejar". Apakah ia akan dapat mengejarnya, saya tak pasti. Ketua Penerangan UMNO boleh memberikan jawapannya.

Selain itu, Ahmad Maslan juga mungkin perlu berfikir bagaimanakah dia boleh melatih pemimpin-pemimpin parti itu untuk bercakap di media massa secara interaktif dan meyakinkan. Televisyen hari ini tidak lagi seperti dulu. Penonton hari ini cukup selektif. Mereka akan membandingkan rancangan televisyen Malaysia dengan luar negara. Kalau rancangan yang "menerangkan" dasar-dasar kerajaan, saya fikir penonton yang kritikal tidak berminat. Mereka inginkan analisis dan perspektif yang berbeza. "Penerangan" mengenai dasar-dasar kerajaan harus mengambil pendekatan ini.

Penonton tidak berminat untuk mendengar Menteri menjawab soalan seperti "Apakah wawasan kementerian Dato'?" Sebaliknya, saya fikir penonton akan teruja kalau hos sesuatu talkshow itu bertanya, "Dato' mengatakan program kementerian Dato' efektif. Bagaimanapun satu kajian yang dibuat oleh sebuah IPT menunjukkan bahawa program tersebut tidak berjaya menarik minat kelompok sasar. Adakah Dato' setuju?"

Dalam salah satu wawancara televisyen, saya pernah mencadangkan agar UMNO menukar nama "Ketua Penerangan" ke satu jawatan lain yang lebih dapat menggambarkan fungsi baru ini. Pendekatan satu hala sudah tidak relevan lagi. "Penerangan" mana-mana parti politik, termasuklah UMNO, harus bersifat "engagement".

Saya fikir inilah yang seharusnya menjadi tumpuan Ketua Penerangan UMNO; bukan sekadar melahirkan penceramah tetapi yang lebih penting ialah pemimpin parti yang mampu menggunakan media untuk "engage" dengan rakyat secara efektif!

Sunday, May 17, 2009

JAGA HATI MELAYU-Awang Selamat

Kepada Pemimpin UMNO baca dan hayati Artikel ini!

MEI 17 - UMNO, parti utama dalam komponen Barisan Nasional (BN) menyambut ulang tahun ke-63 pada 11 Mei lalu.

Sambutan kali ini walaupun diadakan serba sederhana, mempunyai keistimewaan tersendiri. Parti itu baru sahaja menyaksikan peralihan kepimpinan di bawah Presiden, Mohd. Najib Tun Razak dan penampilan barisan baru ahli Majlis Tertinggi (MT).

Pada saf tersebut, terpikul cabaran besar dan getir pasca Pilihan Raya Umum ke-12 yang mengubah dengan ketara landskap politik tanah air.

Malah pada tarikh ulang tahun Umno itu, parti tersebut dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Perak, yang tidak memihak kepada BN.

Berita mengenai keputusan kes itu mencuri perhatian rakyat dan turut menjadi bualan hangat ahli-ahli serta para penyokong Umno.

Keresahan berikutan kes berkenaan reda apabila para pemimpin Umno berhimpun sempena sambutan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra, di ibu negara pada malam itu.

Turut hadir Dr. Mahathir Mohamad, mantan Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Najib telah memberikan reaksi yang cukup tenang. Katanya, Umno pernah lalui ujian lebih getir ketika parti itu diharamkan dan akhirnya mampu bangkit.
Bahkan beliau menampakkan keyakinan untuk menangani kemelut di Perak.

Tiada pun riak kegusaran di wajahnya. Sebenarnya keyakinanlah yang amat diperlukan oleh UMNO bagi mengembalikan kekuatannya.
Untuk menguruskan sebuah parti yang besar, telah lama berkuasa dan Berjaya seperti Umno, bukan sesuatu yang mudah.

Lebih-lebih lagi parti itu berdepan dengan asakan paling kuat dari pelbagai penjuru, kesan keputusan
pilihan raya umum lalu (PRU-12) yang membawa tamparan besar kepada BN dan Umno.

Pakatan pembangkang sudah membayangkan peluang lebih cerah untuk menumbangkan BN pada pilihan raya akan datang.

Dengan kata lain, Umno diambang kematian dan kerajaan BN yang ada sekarang merupakan yang terakhir.

Benarkah? Berdasarkan banyak petunjuk terbaru Awang yakin apa yang diramalkan oleh pembangkang tidak akan berlaku.

Pembaharuan yang digerakkan oleh Najib mula menampakkan kesan positif. Perkembangan
terkini politik tanah air juga tidak banyak memihak kepada pembangkang.

Pada masa yang sama, UMNO masih menjadi sandaran utama orang Melayu yang boleh dibuktikan menerusi undi yang terus meningkat dalam beberapa pilihan raya kecil selepas PRU-12 (sedangkan majoriti pengundi Cina misalnya, masih menyokong pembangkang). Jangan lupa pada pilihan raya umum itu juga Umno memperoleh 79 kerusi - parti tunggal yang mempunyai kerusi terbanyak. Prestasi BN merudum tetapi tidak bagi Umno.

Parti pesaing bagi UMNO iaitu Pas hanya mempunyai 22 kerusi dan PKR 31 kerusi.

Ia juga memberi mesej yang jelas bahawa UMNO perlu meneruskan agenda menjaga kepentingan Melayu. Janganlah kerana ghairah mahu menarik sokongan bukan Melayu, UMNO mengabaikan pula asas kekuatannya.

Ketika DAP, MCA, MIC misalnya makin lantang memperjuangkan kepentingan kaum mereka tanpa sedikitpun rasa kekok, tiada sebab untuk Umno teragak-agak dan terlalu mahu menjaga hati kaum lain. Umno perlu bijak menyulam peranannya sebagai pemimpin BN untuk semua kaum tanpa mengorbankan kepentingan orang Melayu.

Jasa Umno terlalu besar kepada orang Melayu, begitu juga kepada kaum lain walaupun hakikat ini cuba dinafikan. UMNOlah yang mempertahankan bukan Melayu sejak awal kemerdekaan daripada aliran politik ekstremisme.

Ketika Pas menjauhi parti dan kaum bukan Melayu serta menganggap mereka kafir selama beberapa dekad lamanya, Umno menghulur tangan permuafakatan.

Menerusi dasar dan naungan Umno, kaum minoriti bukan sahaja terjamin hak malah mampu menguasai ekonomi negara.


Sesungguhnya UMNO tidak pernah mengkhianati bukan Melayu. Apa yang mula berlaku adalah sebaliknya. Jadi, jagalah hati Melayu terlebih dahulu. - Mingguan Malaysia

Thursday, May 7, 2009

CAHAYA ITU

Cahaya itu

Kemilaunya bagai kekaca syurga

Yang pernah semasa kecil kudengar

Ceritanya

 

Dingin dakapan fananya

Cahaya itu

Tatkala ia melingkari

Membakar dosa-dosaku

Lalu

Mendodoi aku bagaikan sesuci

Bayi

Terkedang menangis penuh penyerahan

 

Bergetar jiwa gundahku

Memohon memanggil merayu

Agar datang

Cahaya itu

Kerna telah lama lemas rimas

Dek cahaya neon malam

Terik mentari siang

 

Wahai Pencipta

Kirimkanlah kepadaku

Cahaya itu

Walau sekadar sesaat dapat ku tumpang

Walau sekadar sedetik dapat ku tumbang

Walau sekadar setinta darah taubatku titis


 

 

 

 

Saturday, May 2, 2009

Akedemik Fantasia Semakin Hanyut

Salam!Dalam melayari blog saya terjumpa artikel ini untuk renungan kita,Inikah budaya kita?

Oleh:Ustaz Nasharudin Tantawi:

Saya menerimGo to fullsize imagea beberapa e mail dari rakan - rakan yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap satu program realiti TV yang semakin hanyut jauh ke kancah maksiat .

Terdapat beberapa adegan berpeluk - pelukan antara pelajar lelaki dan guru perempuan sebaik sahaja peserta lelaki tersebut diisytihar keluar dari akademi tersebut .


Rangkul peluk dan bercium pipi ustaz ! begitulah ayat kawan saya lewat e mail yang dihantar .

Saya bukanlah anti hiburan justeru hiburan dibenarkan oleh syara' . Apa yang jadi masaalah ialah apabila hiburan dicemari oleh adegan dan aksi yang mengundang murka Allah swt .

Saya difahamkan ada pengkritik konsert akademi fantasia ini menyebut Alhamdulillah , syukur awak telah berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik sekali dan Alhamdulillah tarian awak juga cukup menghiburkan ! .........[ sedang penyanyi itu berpakaian seksi habis dan menari pula dengan gaya liuk lintuk mengiurkan ]

Saya hanya tersenyum membaca celoteh geram seorang kawan mengenai perkembangan Akademi Fantasia ini . Saya tidak sempat untuk mengikuti perkembangan akademi fantasia kecuali sekali semasa era Mawi menyertai akademi fantasia . Aura Mawi berjaya menarik perhatian saya untuk sesekali menonton persembahannya jika berkesempatan .

Sejak dulu lagi , Akademi fantasia telah ditegur oleh pihak Dewan Pemuda PAS Pusat agar tidak menampilkan aksi yang mengundang keruntuhan moral , juga teguran terhadap adegan pelajar dan guru berpelukan serta pergaulan bebas di dalam apartment akademi dan juga perlakuan di atas pentas .

Berhibur dan berseronok tidak salah tetapi mestilah mematuhi batasan agar tidak mengundang dosa dan murka Allah swt .

Seronoklah buat seketika di atas pentas . Tenggelam dibawah silau cahaya lampu dan hanyut dibuai fantasi serta teruja dek sorakan penonton yang menyokong . tapi .... bagaimana dengan pemerhatian Allah swt ? Saya tahu , sebahagian besar peserta akademi fantasia ini adalah beragama Islam malah sebahagiannya bertudung . Saya yakin mereka faham maksud saya apabila saya bercakap soal dosa dan batasan pergaulan serta penampilan dalam hiburan .

Mestikah untuk menjadi seorang penghibur maka mesti berpakaian seksi , dedah dan berpakaian ketat ? Mestikah juga membuat tarian menggiurkan sehingga merangsang syahwah penonton ? Mestikah lelaki dan perempuan bergaul sebebas itu sehingga berpelukan dan bersilang tangan untuk bergelar bintang pujaan ?

Penghibur yang baik mestilah mempunyai kreativiti tinggi untuk menghiburkan penonton tanpa perlu menjaja maruah dengan pendedahan aurat dan mempertaruhkan moral dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan serta melampaui batas yang dibenarkan oleh syara' .

Penghibur seperti ini sebenarnya bukan penghibur tetapi pemusnah masa depan diri dan masyarakat dengan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan murka Allah swt .

Saya benar - benar yakin , bahawa rakan - rakan artis yang beragama Islam khasnya sangat tahu nilai moral , akhlak dan batasan dosa dan pahala . Malang mereka gagal mengawal diri agar tidak terjebak . Mereka biar diri mereka menjadi korban nafsu yang hanya menanti azab kelak di akhirat .

Inilah masaalah kepada dunia artis . Dunia yang sangat jauh dan asing dengan ilmu agama dan petunjuk Allah swt . Mereka mempunyai dunia dan planet mereka sendiri yang sukar diselaraskan dengan kehendak agama .

Saya masih yakin , jika kerajaan ini adalah kerajaan Islam atau paling tidak kerajaan yang bermoral dan mesra agama , dunia hiburan negara masih boleh diselamatkan agar tidak keterlaluan meniru gaya dunia artis dari barat yang tidak bertuhan .

Sebagai contoh di akademi fantasia , penganjur boleh adakan slot solat berjamaah setiap waktu dan setiap kali selepas solat atau paling tidak selepas subuh dan maghrib adakan siri tazkirah dan kuliah agama oleh ustaz - ustaz yang berilmu . Agar lahir seorang penghibur atau penyanyi yang bukan sahaja tahu batas dosa pahala tetapi benar - benar memahami tanggungjawab mereka seorang muslim .

Sekurang - kurangnya , melalui tazkirah agama menjadikan mereka benar - benar bertanggungjawab dalam bidang hiburan bukan untuk menambah dosa dan memerangkap manusia dalam kepungan mungkar .

Memang kedengaran pelik untuk adakan tazkirah dan solat berjamaah di akademi fantasia , tetapi boleh dilakukan bahkan wajar dilaksanakan . Hebat manapun artis dan setinggi mana ia mendapat pujaan dan anugerah ia tetap makhluk Allah yang mesti solat mengabdikan diri kepada Allah swt . Sementara tazkirah itu satu peringatan agar tidak leka dan alpa sehingga melakukan sesuatu yang keterlaluan dan mengundang murka atau bala Allah swt .

Peraturan dan ketetapan boleh dibuat oleh pihak berkuasa dan ia mesti dipatuhi . Masaalah yang kita hadapi ialah pihak berkuasa sendiri tidak memiliki kesedaran yang dimaksudkan sebalik turut menggalakkan maksiat dan mungkar . Benarlah kata hukama' Manusia berada di atas cara hidup pemimpin mereka .

Hari ini ramai orang menganggap agama sebagai penghalang dan ini adalah salah sangka yang sengaja ditiupkan oleh musuh Islam dan golongan orientalis untuk menimbulkan fitnah dan rasa jelek masyarakat terhadap Islam . Padahal Islam tidak datang untuk menghalang tetapi mengislah atau memperbaiki keadaan agar menjadi baik .

Sebagai contoh , umum mengetahui betapa manusia perlukan hidup berpasangan . lelaki perlukan perempuan maka demikian sebaliknya . Maka kedatangan Islam bukan menghalang fitrah ini tetapi mengislahkannya dengan sedikit peraturan seperti ijab qabul agar tidak berlaku perlakuan zina , sumbang mahram , rogol , lesbian , homoseks dan pergaulan bebas kerana ia merosakkan jiwa dan membinasakan nasab keturunan .

Demikianlah jua dengan hiburan . islam datang tidak menghalang hiburan kerana memahami manusia perlukan hiburan. Tetapi Islam memulihkan keadaan hiburan agar tidak cemari oleh arak , dadah , pil ectasy , pergaulan bebas , pengabaian terhadap solat dan pendedahan aurat termasuklah lirik lagu yang tidak memuja nafsu atau mendorong ke arah penguasaan nafsu . Selebihnya berhiburlah dan ia dibenarkan oleh syara' .

Kalau kita dengar ucapan penyanyi sewaktu menerima anugerah atau pujian orang terhadap persembahan mereka , spontan mereka menjawab syukur alhamdulillah ! tanpa izin Allah , saya tidak akan sampai ke tahap ini ! .....[ biarpun sedang ia berucap dengan kalimah demikian , pakaiannya mendedahkan separuh dada dan kainnya terbelah ke paras pangkal paha dan bersilang tangan dengan teman lelaki .]

Ertinya mereka keliru dan masih memiliki aqidah biarpun sekelumit dan saya percaya mereka masih ada harapan untuk dididik dan diselamatkan . Cuma kerajaan atau pihak berwajib mesti adakan program kesedaran dan motivasi keagamaan yang berkesan dan bertyerusan untuk mereka .

Jangan hanya mereka tahu menyebut kalimah Alhamdulillah tetapi mereka mesti kenal siapa Allah swt dan bagaimana untuk bersyukur di atas nikmat yang dikur niakan Allah swt .

Salam Hormat.

Sunday, April 26, 2009

Melayu Umno

Mereka ini sekarang bukan seperti aktivis Umno yang berjuang pada awal.Golongan pejuang Umno dulu adalah aktivis yang yang jati diri mereka cukup hebat,Mereka tidak mewah,mereka tidak gelojoh,mereka tidak tamak,tidak seperti generasi Umno sekarang.Namun begitu perkhidmatan mereka kepada Umno,masyarakat,orang Melayu di kampung-kampung cukup berkesan.Satu hati,satu suara.Semangat dan roh Melayu ada di mana-mana.Hari ini sikap negatif pemimpin Umno banyak di perkatakan.

Salam Hormat.

Melayu Liberal

Mereka ini sudah hilang "semangat dan roh(the spirit and soul)orang Melayu.Orang Melayu aliran ini sudah pudar ciri-ciri kemelayuan yang di tanam oleh datuk dan nenek mereka.Golongan ini tidak peduli siapa yang akan menerajui pemerintahan,asalkan ia sama rata.Golongan terpelajar hasil kelahiran Dasar Ekonomi Baru(DEB)makin bertambah.Mereka ini menganggap bukan Dasar Ekonomi Baru itu yang yang menjayakan diri mereka- menghantar mereka belajar ke luar negara,tapi sifat merit yang ada pada diri golongan ini.Mereka ini ada yang berada dalam kerajaan,golongan pelajar di uniersiti,tokoh-tokoh korporat,profesional.

Salam Hormat.